Pages

Wednesday, October 8, 2014

Pelajar SPM 2014

  Dalam kesibukan mencari program-program lepasan SPM untuk further study nanti, rasa gembira bila baca blog akak ni http://heartbeatsaya.blogspot.com/2013/05/special-for-my-juniors-kolej.html Pencetus kepada pergerakan jari-jari di atas keyboard ni. Few words dari coretan dia;

" Nak study kat Matrik ni, tak boleh study sorang. Terutama sekali masa study week. Sebab memang takkan dapat catch up [Tapi, memang kalau yang senang kena distract tu better belajar sorang la Hehe] Tapi, mostly student yang perform masa kat matric, kiteorang lebih prefer pergi jumpa lecturer. Biasanya, lecturer akan ada sampai pukul 5. Tapi kalau takde student, diorang dah boleh balik pukul 4.30. Tapi, lecturer di sini sangat berdedikasi, kalau ada student, biasanya kalau saya jumpa, sampai 6.30 baru balik (Madam Putri, Thanks sangat!)
Kat sini sangat senang nak dapat markah Ko-ko. Setiap minggu akan ada macam-macam aktiviti dari macam-macam kelab. Dan kat situ ada pertandingan semua. So, senang je, kalau masuk pertandingan dapat je markah Ko-ko dan sijil :) "
 
  Lagi 26 hari tinggal sebelum SPM tiba. Persiapan nak hadapi SPM sepatutnya dah lengkap. Tapi, selagi tak duduk exam, selagi tu kita usaha kan. Dalam misi pencarian tadi, dapat pengetahuan tentang program-program untuk lepasan SPM nanti. Punca pencarian, Hasya cakap permohonan matriks tutup Jumaat ni. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan :) Terklik laman-laman web yang lain. Macam-macam ada. Untuk sambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi lepas SPM, dikenali sebagai program persediaan, ada 4 cabang utama  ;
 
1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) -STPM adalah program pra-universiti di semua sekolah-sekolah bantuan Kerajaan. Kelayakan STPM boleh digunakan untuk permohonan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam dan luar negara bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama.

2. Matrikulasi- Matrikulasi adalah program pra-universiti anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang menawarkan kursus persediaan jurusan Sains dan jurusan Perakaunan bagi melayakkan pelajar melanjutkan pengajian Ijazah Pertama pelbagai bidang di IPT dalam negara. Kelayakan ini turut diterima pakai untuk memohon kemasukan ke IPT luar negara TERHAD kepada universiti yang menerima kemasukan lepasan Matrikulasi

3. Asasi-Program persediaan Asasi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi adalah lebih menjurus kepada pengajian di IPT tertentu di dalam negara.

4. International Baccalaurate (IB) atau A-Level-Kursus persediaan IB (2 tahun) dan A-Level (12 hingga 24 bulan) ini merupakan program persediaan universal yang diterima pakai sebagai kelayakan masuk ke IPT dalam dan luar negara untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama. Walau bagaimanapun, bagi kemasukan ke IPT Awam dalam negara kelayakan IB dan A-Level hanyalah terhad kepada bidang SELAIN daripada bidang kompetitif (Perubatan, Pergigian dan Farmasi).
 
 
Info lanjut, boleh lawat laman ni

Dan pelbagai lagi program-program lain boleh cari di sini -> www.google.com.my
 
Sekian, terima kasih
 
 

No comments:

Post a Comment